Kadet
Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin
Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27
Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia
(KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam
SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.
Matlamat
utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU
BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan,
selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke
arah Wawasan 2020.
Pasukan
KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM
SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di
Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.
Upacara
Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20
Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib
Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja
Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain.
Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.
Objektif
Penubuhan KRS
- Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing,kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
- Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal kearh pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
- Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
- Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
- Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
- Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Pengertian
logo
- Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
- Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
- Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
- Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
- Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
- Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Bendera KRS
Warna hijau melambangkan :
Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk
Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS
Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL"
ILMU: Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat berterusan
merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin
No comments:
Post a Comment